Pages

Monday, October 4, 2010

"Abseiling uitm & Orientering"



2 OKT 2010 - Sessi pagi dimulakan dengan praktikal orientering di S.Alam pukul 830pg..setelah smpai ketibaan let .Che Mat untuk aktiviti yg di jalankan dan di bahagikan kepada grop masing2 untuk orientering...AQU brsama my patner iatu Farhan telah membuat aktiviti ini fuhhh...berlari bkejaran meletakkan point di tempat2 tersembunyi hehhe...konon xnk bg mmber2 ni mencari point yg sng ....mmber lain pun sma gk konon x nk kasi cpt bis grop msing2 sbb smua point dletakkan tmpt yg ssh nk cari....ada gk nk pedajal kang kwan2 nihh...xpe jji apy dan kita rasa feel sangat mcmana aktiviti orienteering ni di lakukkan ...setelah penat mncari point masing2 ...yg AQU tgk grop a.Wadi dan Zaini wah,,,, mencari point grop aku....bukan lg marah dan angin 1 badan jeee....wah smua dah pnas ni ,,,,coz xdpt lg point kita owg punye grop....grop AQU diletakan point last dilekatkan di banner tepi jalan ..dah 2 plak,,,bnner pun dh di robohkan oleh pihak UITM untuk kemas....patuut angin semacam je C.wadi...Sorry ler grop C.Wadi dan Zaini ...nk wt cmana kita pun xsangka ,,xthu lak banner 2 nk di runtuhkan pada arini yg sma orienteering dijalankan..nsib lerr...
Setelah semua selesai...masing2 grop pun dah blik.,,,,kami semua brehet sementara menunggu senior diploma membuat ikatan tali untuk abseiling di bangunan Twin Tower UiTM Shah Alam...


Sekarang ni AQU nk ceta pengertian aktiviti abseiling skit sebelum kita nk mulakan aktiviti abseiling ni meh kita lihat...::sambil2 kita bersantai ...



Abseiling, dari kata "abseilen" Jerman yang bererti "tali ke bawah," adalah proses meluncur menuruni tali dengan keadaan yang terkawal. Ia dikenali sebagai rappelling di Amerika Syarikat, abseiling telah lama digunakan dalam canyoneering, panjat tebing, caving, dan mountaining turun lereng atau tebing yang terlalu tinggi untuk hanya kenaikan ke bawah. Dalam beberapa tahun abseiling ini telah menjadi sukan yang popular di dalam rekreasi masa kini serta menyakinkan diri dan menjadi dirinya sendiri.

Climbing Teknik - Abseiling.

Climbing Teknik - abseiling atau rappelling adalah teknik turun dengan menggunakan tali yang tetap. Hal ini baik dilakukan kerana setelah naik (akan kembali ke dasar pendakian), dalam cuba pusat pemanjatan yang baru, atau di mana terdapat kawasan yang sukar (contohnya tebing laut) ke permulaan pendakian .

Selalu di ingat bahawa, abseiling ini adalah teknik yang sangat berbahaya. Ada banyak hal yang dapat terjadi dalam melakukan kegiatan ini. Hal ini termasuk terjadinya kegagalan peralatan Climbing Rope,, memotong tali melalui tepi yang tajam atau batu, dan insiden lain yang beranggap berisiko untuk abseiler tersebut.

Peralatan Keperluan Abseiling @ Rappelling (pelindung):-


* Tali
* Descender
* Devices
* Carabiners
* Climbing Harness
* Climbing Helmet
* Jangkar - mempunyai beberapa untuk back-up
* Sarung tangan, penutup lutut, siku bantalan

Tindakan Keselamatan

Ini adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Abseiling:

* Pastikan bahawa peralatan yang diperlukan dan diletakkan di tmpat yang selamat.
* Memiliki jangkar lain untuk back-up (kedua-dua titik jangkar).
* Elakkan kedudukan tali untuk batuan longgar dan tajam.
* Pengetahuan tentang cara untuk mengikat simpul Prussik adalah penting. Ini adalah bentuk sistem sandaran
* Jika anda mempunyai rambut panjang, jangan biarkan hal itu menjadi kusut dengan peranti meluncur anda.



* Rappelling Sarung tangan. - Melindungi tangan dari dinding batuan dan tali untuk menuruni. Alat descender rappelling membolehkan ia menjadi sangat panas dari gesekan dan sarung tangan melindungi dari kemelecetan tangan serta membolehkan ia kekemasan pegangan tangan kepada tali.



* Helmet Climbing - Merupakan item penting peralatan rappelling untuk perlindungan
di kepala.



* Boots. Bergantung pada jenis keadaan dan situasi,baik untuk perlindungan.

Jd seterusnya my turn tuk abseiling ....waarrgghhhh gayat nyerr...1st tme AQU ni...tgk mmber2 lain releks jee...myb kjap je gemuruh pas ni ...nk wt lg !nk wt lg!nk wat lg !






mak ai gayat nyer..sumpah AQU x tgk ke bwah....turun2 skit demi skit pegangan tali ..dh aku npk pokok dgn aku ...ffuuuhhh..semua nya selamat sampai ke dasar tanah..syurkurr...semua nyer berjalan dengan lancar...ni lah pengalaman AQU aktiviti abseiling seumur hidup...slalu nyer AQU tgk mat salleh je wt....tp mmg best sgt... ...ni lah cabaran dari segi fizikal dan mental...ok ...semua... AQU harap smua owg dapat lah berkongsi skit pngalaman yg diberikan ini serta tunjukkan ajar oleh Let.Che Mat ...harap smunya di nikmati bersma dengan penuh kgembiraan...CCCllikkk..

Wwaacchouutt!!

Monday, September 20, 2010

"KAYAK..di tasik S.ALAM"



"Sebelum nk berkayak AQU kenalkan dulu sejarah kayak ni coz nk berkayak ni bukan senang mesti ada minat ttg dunia kayak ni dulu baru tahu .."

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA:-

1865-John MacGregor pelaut British ( Bapa Kayak Moden ) telah mencipta sebuah Kayak moden yang di beri nama ‘ ROB ROY ’. Beliau mencipta kayak mencukupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan, kesenggangan dan pendidikan berbanding sebelumnya yang hanya di gunakan untuk pengangkutan.

1866-Kelab Kanu pertama di dunia telah di tubuhkan di Twickenham England dan di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Bertanggungjawab mempopularkan sukan Kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan.

1877-Persatuan Kanu British (BCU) telah ditubuhkan dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia. Memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia.

1900 an-Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara.Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan 'Eskimo Roll'

Aktiviti Pertandingan Kayak:-

-Mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukkan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris. Pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin.
-Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva..
-Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingan Sukan Kayak terus bercambah dari Kanu Polo, Surfining hinggalah ke acara 'Rodeo.

PERKEMBANGAN KAYAK DI MSIA:-

1960 an •Bermula seawal peradaban manusia
•Tujuan utama : sebagai medium pengangkutan dan perdagangan
•Kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek

1970 an •Kayak moden mula diperkenalkan
•Diperkenalkan oleh Pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura

1980 an-Penang Canoe and Recreation Club' Kelab Kanu pertama telah ditubuhkan
-Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti Kayak Negara
-Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang

""Jam 8 pagi bekumpul kami sekelas di pintu WET WORLD S.ALAM di car park sambil menunggu kehadiran C.Hisyam untuk aktiviti seterus nyer iaitu "BERKAYAK"...ni lah aktiviti memang best...coz main dengan air...hhehh....mana ada kami PDRM nak berkayak saje2...nilah saat di beri peluang oleh kami semua...bila lagi nak berkayak..sungguh pun ada yang segelintir yang pandai berkayak tetapi yang tidak pandai berkayak nak rebut juga peluang nak thu skill kayak ni mcmana pula...

Setibanya C.Hisyam...kami membawa barangan jaket keselamatan dan juga botol air yang telah di potong mana ler thu,, ada jugak kayak sape2 di tenggelami air ...bleh jugak di guna untuk mencedok membuang air,,,,Kami PLK di gabungi dengan student PJJ untuk aktiviti yang sama...Ok semua class pendahuluan dengan peralatan dengan bahagian2 yang utama di ketenganhkan iaitu..bahagian kayak:



Sebelum itu.... untuk berkayak mestilah melakukan steching terlebih dahulu sebelum nAk berkayak nih kang xpasal2...cramp..dan juga mengelakkan dari sebarang kecederaan...

Bahagian bawah dasar kayak:



Untuk mengetahui isyarat2 kayak mestilah:








Spraydeck
-Agar air tidak masuk ke dalam kayak, kayak dilengkapi dengan lapisan bahan yang tahan air, yang dinamakan dengan spraydeck. Bentuknya seperti kantung yang ditempatkan di cockpit dan nantinya diikatkan ke tubuh pendayung.


Dayung
-Dayung kayak berbeza dengan dayung kanu (canoe). Dayung kayak dikedua sisinya terdapat sampan (blade). Dalam hal pemilihannya dayung disesuaikan dengan jenis kayak dan bentuk anatomi pendayung.


Baju Pelampung
-Digunakan untuk keselamatan. Membantu seseorang yang tidak pandai berenang apabila berhadapan dengan masalah.

UNTUK KITA BERKAYAK NI...mestilah mengenali jenis2 kayak antaranya ialah.:-


















So mcmana rasa nya berkayak.. seronokkan?klu ari2 berkayak ok jugak coz naik body muscle ni xyah nk g gym lg......dan kulit pun sunburn ler skitt...heee...sedap jugak dapt minum air bangau nihh...peerhhhh....Ccclikkk!!


Wwacchoutt!!

"Class Abseiling 0r Rappelling"



Minggu ini aktiviti seterusnya ialah aktiviti "Abseiling Or Rappelling membawa maksud: turun ke bawah paras yang hampir menegak dengan menggunakan tali ganda yang melingkar di sekitar tubuh dan dipasang ke beberapa titik yang lebih tinggi....tetapi juga ia menguji kesabaran dan gugupan jantung yang mengasyikkan ...best ni..sgt2 mencabar untuk mencuba di bangunan @ di gunung2....selalunyer AQU tgk je orang buat kt mner2, ni plak nasib aku heee....bila lg nk mencuba aktiviti seperti ini...best beb...kita dduk di atas pencakar langit...dan turun ke paras dasar tanah....fuuuhhh ...tgk ler mcmana nnti AQU buat....nk berderau darah xler sgt cuma nk feel 2 mmg besttt... klu nk mencuba..mcm2 skill bleh buat andai kata klu ler AQU dah dpt mcm2 skill bleh tunjuk kt korang sume....ceehhh waahhh....tp mesti berhati dan bg perhatian yg serius kepada pembelajaran ini coz keselamatan ..silap2 nyawa melayang ...andaikata ikatan tali @ tidak membuat pemeriksan terlebih dahulu dengan peralatan tersebut untuk digunakan..memang x lama ler jawab nyer terjun ke bawah....hhuuuu...

" So berbalik dengan topik ni ....C.Hisyam membawa peralatan Abseiling or Rappelling ke class petang nihh....fuuh teruju lerr ckitt...al -maklum ler x penah tgk peralatan seperti ni dengan dekat....peralatan2 ini di susun di atas meja..bagi memperkenalkan alat2 ini 1 demi 1..untuk pemahaman kami sekelas...iaitu:(ROPE-berat tali yang digunakan =200km=2.2 tan...ANCHOR FOR ABSEILING/RAPPELLING,A DENSCENDER OR ABSEIL/RAPPED DEVICE,HELMETS,GLOVES,SHOES/BOATS,HARNESS:terbahagi kepada 4 jenis bahagian iaitu: DELAY LOOP,GEAR LOOP,WAIST LOOP,HIP/LEG..











Nasib ada jugak ler model2 sambilan di class nk praktikkan menggunakan peralatan2 ini...macam2 gelagat skill yang ditunjukkan oleh mereka ni...xpe janji dapat mencuba sebelum real nnti...bagi biasakan...baru dapat feell yang sebenar...

Ok class pun dah selesai aktiviti "Abseiling/Rappelling minggu ni...AQU harap semua pembelajaran kali ini dapat dimanfaati kami sekelas dan akan tibanya aktiviti ini di masa akan datang,,, harap semua nyer berjalan dengan lebih lancar...Aminn....tidak ada kecederaan yg berlaku...thanks C.hisyam lecturer yang berkaliber gigih tekun memberi ilmu kepada kami sekelas...tidak akan kami lupakan ... So next time lak kita kita bersua aktiviti seterusnya lagi....cccllikkkk!!!

WWaacchh Ouut!!!

Sunday, September 19, 2010

"0rienteering"


Arini dah msuk pembelajaran baru iaitu aktiviti"0rienteering"... c0z aktiviti ni adalah menguji daya ketahanan fizikal, mental dan semangat setiakawan bg sesebuah pasukan berkumpulan..."bg aqu aktiviti seperti ini adalah lasak dan memerlukan kekuatan & stamina coz berlari mengikut panduan arah dan tahap kecekapan masa dn juga mengikut point yg telah ditetapkan dlm map....permakahan di ambil berdasarkan masa kumpulan yg terpantas di tempat penamat....

0k smbungn ..C.Hisyam memperkenalkan peralatan2 yg di bawa 0lehnya semasa aktiviti 0rienteering nnti... penerangan di berikan di dalam class iaitu peralatan yang perlu ada semasa aktiviti 0rienteering dijalankan seperti (0rienteering Map,0rienteering Compass,Control Flag,Marker,Punchers,Control Card,Control Description,Whistle dan Red Pen).


"0bjektif 0rienteering" ini :-Menggunakan Kemahiran Menggunakan Peta & Compass.





Ada bermacam jenis aktiviti 0rienteering ini seperti:

* 1)LINE/STRING 0RIENTEERING -laluan mengikut anak panah.
* 2)CROSS/COUNTRY 0RIENTEERING -berlari mengikut point.
* 3)RELAY 0RIENTEERING -berlari mengikut kumpulan.
-passing map & control card pada kawan untuk
destinasi seterusnya.
* 4)STREET 0RIENTEERING -berlari dekat bandar.

(Score 0rienteering) - pemarkahan di bagi berdasarkan jarak 1 point ke 1 point..
- pemeriksaan point (setting).
- keputusan markah tertinggi kepada pemenang.

(Untuk Sukatan bg Map) ini adalah = 1cm bg map,
=10000 on the ground
=100m
# Ciri2 Map: -Utara Grid (menggunakan peta)
-Utara Magnetik (menggunakan compass)
-Utara Benar/kutub utara( " )

# Criteria Compass:- bekas compass yg baik mengandungi bekas cecair yg
menunjukkan gerakan tanda arah.
- arah kompas di warnai dalam 2 warna iatu;
red & point (north) & white/black (south).
- compass yg baik akan bertahan lama.







Selesai penerangan C.Hisyam .... kami sekelas membuat praktikal dengan menggunakan peralatan yg di bawanya iaitu menggunakan "BASE PLATE C0MPASS" untuk mencari arah c0mpass dengan menggunakan kedudukan bearing dan juga menggunakan peta yg diberikanya,,masing2 ler mencuba untuk mencari arah bearing masing2....xbse plak pegang compass nihh..heehhhe....yelah ari2 pegang pistol jee ..uhuuuu...

...Selesai sudah aktiviti dijalankan,,maka class 0rienteering pun dah selesai.... nanti aktiviti seumpama ini nak diadakan di hutan Simpanan BUKIT CERAKAH S.ALAM dalam masa terdekat nih..syokk nihh.....S0 lastly,,kita stop kat sini dulu nnti kita bersua di aktiviti seterusnya iaitu aktiviti "ABSEILING" pulak ...


WWaachouut!!

Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadhan,,,"GENERAL RULES ON FIRST AID TREATMENT"





Perut berkumandang ptg2 ni....mengantuk pun ader lapar pun ader ....di setibanya kehadiran bulan RAMADHAN AL-MUBARAK ini semua umat Islam berpuasa untuk menanti kehadiran menjelang nyer AIDILFIRTI tidak lama lg...kawan-kawan aQu semuanya keletihan melayan kepenatan di bulan puasa ni....yelah slalunyer kalau tengahari semuanya mengisi perut di gerai-gerai makan ...sekarang smuanya mcm ular kena palu...hikiikh....sabar yeee berkat di bulan yg mulia ni...dapat pahala yg berganda...

Arini masuklah minggu yg ke-4 di class,,tersandar semua kang kawan di kerusi menunggu kehadiran let.Che Mat nyer subjek iaitu (OUTDOOR RECREATION)ialah arini kami semua membawa kain anduh untuk pembelajaran cara -menggunakan kain anduh ini untuk memberi bantuan kepada mangsa dalam keadaan parah(kecemasan).

Setibanya let.Che Mat masuk...mukadimah yang diberikan ape lagi ujian (OUTDOOR RECREATION) ler...senang2 jeee saya bagi semua soalan yang di berikan... perpandukan semasa membuat CAMP CRAFF di UITM tempoh hari....mesti semua boleh jawab nyerr..dah dapat kertas semuanya soalan objektif je ..mujur ada 5 soalan, masa di berikan pulak 5 minit untuk menjawab...boleh jawab kalau sape yg datang masa buat CAMP CRAFF di UITM aritu...so semua pun dah selesai menjawab ,,nak ikuti pemahaman class semua nyer boleh jawab....ok ler tu....ada jugak hasil...yang mana datang classs ...
Arini masuk ler topik terbarunya let.Che Mat iaitu(GENERAL RULES ON FIRST AID TREATMENT)bagaimana untuk menyelamatkan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri...perbincangan class di buat dan semuanya memberi respon serta comitment yang baik kepada let,Che Mat...kami semua dapat mengingati subjek ini semasa PROF ANUAR mengajar last semester..iaitu SPORT INJURY ...So kita mulakan aktiviti seterus nyer iaitu dengan menggunakan KAIN ANDUH yang di bawa setiap seorang...iaitu pembelajaran (HEAD)..menyelamatkan mangsa dari tikaman ranting@dahan pokok di kepala.

Kami semua menggunakan kain anduh terlebih dahulu membuat ring..(untuk menahan darah yg mengalir di kepala..)seterus itu barulah mencari pasangan untuk membuat demo yang di tunjukkan oleh let.Che mat iaitu membaluti luka di kepala dan dengan menggunakan ikatan kain anduh (ring)yang telah siap di buat... (HAND/PALM)menggunakan kain anduh untuk menutupi luka pada tapak tangan mangsa(bersilang/menegak) ..(JOSH DISLOCATE)ikatan kepada dagu..(LARGE ARM SLING),(CURVE & COLLAR SLING),(TRIANGULAR ARM SLING)merupakan pembelajaran ikatan kepada sendi bahu terkeluar dan tangan yang patah... masing-masing cuba memperaktikal kan demo tersebut...bagus jugak lah aktiviti seperti ini dapat juga kami semua tahu menggunakan kain anduh ini apabila di suatu keadaan kecemasan kelak...

Selesai semuanya aktiviti ini...kami pun bersiap-siap untuk pulang let.Che mat memberitahu kami ada lagi test next week untuk kami ....tak ape mudah-mudahan dapat kami sekelas mengikuti program ini dan boleh menjawab dengan jayanya....CCllikkk!!

Dikatakan let.Che Mat ...pembelajaran nyer cukup berkesan kepada student-student yang mengikuti subjek ini...kalau tidak dapat buat...aktivit yang bagi, dierr tunggu mengajar sampai boleh buat...cayalahh let. ni....mahupuna adakala nyer dier serius tapi ketegasan pembelajarnanya bermakan buat kita semua....Ok semua kita tengok lagi ape cerita seterus nyer dan aktiviti yang akan datang....!!!

WWaachouut!!!

Thursday, August 5, 2010

"Choosing A Camp Site.."CAMP LAYOUT" & "WATER CONFIDENT"









Arini class berkumpul di UITM Shah Alam..menunggu let Che mat dtg...nk wt aktiviti seterusnya iaitu CAMP CRAFF mengenai "Choosing A Camp Site,CAMP LAYOUT" nak dirikan khemah ...aktiviti yang dijalankan adalah untuk mengetahui teknik dan cara nak memasang khemah dengan menggunakan ikatan2 yang telah dipelajari ....sebelum itu untuk mendirikan khemah..let .kami membawa peralatan khemah yang telah disediakan spr: tali ,khemah,kain gundi dan parang..di samping itu juga let.Che Mat memberi penerangan kepada kami bahawa untuk mendirikan khemah seharusnya hendaklah memilih tempat yang bersesuaian cnth: pilih permukaan tanah yang rata,tidak berair,lapang @ luas,tgk dahan2 pokok yang tidak rapuh untuk mendirikan khemah, pintu khemah mesti mengadap arah angin masuk,pintu khemah hendaklah mengadap tempat yang selamat untuk berjalan bg VIP yang datang untuk melawat,tali khemah yg diikat mencecah ke rumput mestilah meletakkan beg plastik yang diikat supaya boleh melihat tali dan tidak mendatangkan bahaya kepada mangsa..kayu khemah yang dipajak pd tanah hendaklh dilitupi dengan botol supaya npk apabila berjalan dn tidak tersadung kaki...kami sekelas mendengar penerangan tersebut....dan memulakan aktiviti dengan memasang khemah...aQu dan kawan2 class sbuk bekerjasama menjalankan tugas masing2 yg diberikan
...WWAaah mmg best dpt pengalaman spr ini....aQu dpt menyesuaikn diri di tmpt yang penuh pokok2 besar dan tumbuhan2 liar..,aQu dan kwan2 lain sibuk mengikatkan tali pd bahagian pokok dengan menggunakan kain gundi untuk melilit pd batang pokok..dengan kederat masing2 untuk mendapatkan simpulan tali yg kemas....let.Che Mat memberikan penerangan kepada kami untuk mengikat tali coz kami ni ada yg terlupa cara2 nk mengikt... dengan itu,,terpaksalah kena mengingati balik walhal ada yg boleh ikat tp menggunakan ikatan yg terkeluar tajuk....ahkss!!!!

Selesai semua ikat mengikat... khemah dah pun siap masa yg diambil selama 45 minit je,,,wah berjaya jugak akhirnya kami memikul tanggungjawab yg telah diberikan kepada let.Che Mat aktiviti perkhemahan dijalankan ...tp ini baru praktikal je kt UITM....nnti kami akan wt tugasan "OUTDOOR RECREATION" (aktiviti perkhemahan)..tak silap let.Che Mat beritahu kami aktiviti perkhemahana di SG.GOPENG PERAK..dekat ngan GUA TEMPURUNG kot join dgn budk2 fulltime dgree......xpe jji dpt wat aktiviti perkhemahan kt mana pun kami sanggup asalkan ...nk mulakan pengalama baru..msuk utan...heeehhee...yelah mana tak nyer..mcm kami ni,inilah akitivti yg menyeronokkan di kalangan budak2 PLK/PDRM coz tahu2 jelah kami ni PDRM mana ada masa nk mengikuti aktiviti seperti ini...bz ngan keje jee..tugas tak tentu masa...kesian kan kt kita owg budak2 PLK ni...nilah cara nya nak menimba ilmu yg lebih mendalam dpt wt aktiviti rekreasi seperti ini...Cclikk!!!







OK .. aktiviti petang seterus nyer...kami berada di Kompleks Renang UITM S.ALAM iaitu melakukan aktiviti "WATER CONFIDENT" di temani pengawasan budk2 fultime (untuk guard kami yg mana tak boleh berenang)heehhe...nyawa tu beb.....Aktiviti ini melibatkan beberapa aspek keselamatan yg dipelajari iaitu teknik parnafasan semasa di dalam air..teknik berenang,teknik ampungan badan dan cara menggunakan alat2 keselamatan untuk menyelamatkan mangsa dalam keadaan lemas...sebelum memulakan aktiviti ini .let.Che Mat memberi serba sedikit penerangan kepada kami untuk menyelam dan berkeyakinan apabila barada di dalam air...so...kami mulakan warm up dulu ..supaya tidak ada yg cramp semasa di dalam air...seterusnyer pengasingan mengikut class di buat iaitu "boleh berenang dan tidak bolah renang" di asingkan..Waaahh bukan main lg bdk2 PLK dapat jumpa air semua dh hilang ingatan..yelah bila lg dapat mandi kolam sama2... heehheee,so kami pun mengikut arahan let.Che Mat diberikan ...ada yg tak pandai dan yg pandai renang best dpt ampung bdan dlm air ("boleh ler tunjuk skill tuu...weeekkkk")....dn kami yg boleh berenang ni ..ajar2 kan kwn2 yg tak boleh renang..lucu pun ada gak ...tercungap2 dibuat nyerr,,ada yg di ajar aQu jugak yg nk lemas..aaadesss....mcm ni aQu tak boleh nk selamat owg..aku yg g dulu...hhikihkkk...jgnnn leerrr.....tp seronok dpt belajar berenang spr ini ...ada jugak kwan2 yg tak thu berenang sekarang boleh berenang...syukurr...dengan berkat kesabaran let.Che Mat memberikan tunjuk ajar pd kami semua dpt ilmu sepenuh nyer teknik renangan...

Semua dh selesai berenang...teknik melompat dlm air pulak....audzzz...mana tak nyerr..bdk2 yg tak pandai berenang pun semua takut lerr..dah ler tak boleh renang nk melompat pulak dlm air..kalau kolam tu cetek tak pe gak... let.Che Mat bawa kami belajar tempat yg dalam nilah bakat2 atlit wakil Msia..sok lusa!heehhe....semua masing2 dh cuakk,,,, tp kami wt ape yg di suruh ...yg tak boleh renang pun kami paksa jugak2..suruh terjun...aahhaaaa..nilah masa nyer nk dajal kang kawan.....uuhuuuu....jg mare ekk...hampir semua aktiviti terjun dh selesai ,,,kami wt aktiviti menyelamatkan mangsa lemas pulak....dengan menggunakan bantuan jaket keselamatan dan tali keselamatan ...pada mereka yg boleh berenang kami di arahkan untuk pergi ke tempat pertengahan konon nyer kami yg lemas...yg lain semua berada di atas melontarkan tali untuk kami pegang dan tarik sampai ke daratan ....wahh best ...berlakon ler kami punn konon2 lemas...hikhikk...dlm beberapa minit...let.Che Mat akan bg ujian untuk menyelamatkan mangsa ,,masa di ambil spe yg cepat....fuuuhh,,, semua masing2 nk dulu lerr spe yg cepat....aQu pun ape lg ...baling pd kwan tali keselamatan yang aQu pegang...ddaahhh bersilang ngan member sblh pulak....mcm2 hal lerrr....

Aktiviti "WATER CONFIDENT" dh pun berakhir..kami semua naik ke kolam dan mengemas barang2 dan menukar pakaian masing2....sekembali kami berkumpul dan penerangan seterus nyer oleh let. Che Mat..untuk aktiviti class seterus nyer minggu depan..tp memang best ler ..dpt menghadiri class renang ni...rugi mana2 kwn yg tak datang tu..peluang hanya skali jee...

Dengan ada nyer pembelajaran yg di berikan peluang untuk kami meneruskan pengajian Diploma Sains Sukan di UITM ni, bru lah kami thu semua pengetahuan yg ada di luar lg menyeronokkan....dpt lagi subjek ni "OUTDOOR RECREATION" yg di ajar oleh Let.Che Mat yg bertauliah dari semua aspek perkhemahan,renangan dan pendakian..pd kami let ni, ramah dengan dengan pembelajaran dan senang untuk mendapat ilmu dan didikkan yg diberikan dengan jelas....

WWwwcchout!!!